STRESS?? ATASINYA SEGERA!!

Hampa pernah tak alami stress atau tekanan dalam hidup?? Mesti ramai yang pernah alami stress kan.

Hari ni wani nak share tips dengan hampa cara nak atasi stress. Stress ni kalau dibiarkan akan membahayakan diri dan orang sekeliling tau.


Stress mengikut pandangan Islam adalah kecelaruan hati yang berpunca daripada hati yang lemah. Hati yang lemah akan menjadikan kita jauh daripada Allah dan mudah dipengaruhi oleh syaitan. Dan syaitan akan terus meniupkan api stress kepada kita yang lalai daripada mengingati Allah setiap masa.

Stress pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Bil yang perlu dibayar, hutang belajar, hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi. Semua perlu dilangsaikan setiap bulan, kos sara hidup pula kian meningkat.

Pening dan stress bukan?

Mari saya kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:

1. Bersenam


Jika kita teliti sebenarnya senaman adalah aktiviti ‘wajib’ diamalkan oleh semua orang, disetiap lapisan umur dan masyarakat kerana kebaikkannya bukan sahaja kepada kesihatan fizikal malah juga kepada kesihatan mental jika kita konsisten melakukan aktiviti senaman setiap hari atau sekurang-kurangnya 3kali seminggu dengan 20minit setiap sesi.

Senaman dan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh boleh meredakan tekanan fizikal dan mental seseorang. Senaman boleh meningkatkan sejenis bahan semulajadi dalam badan iaitu ‘norepinephrine’ yang boleh menstabilkan tekanan emosi dan fizikal seseorang.


2.  Tidur

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan seharian.

Tidur yang cukup akan mengecas tenaga kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Tidur sekejap diwaktu siang (Qailulah) juga sangat membantu. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Kajian mendapati, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja).


3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga


Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan membuatkan kita lupa akan masalah yang sedang kita hadapi.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan mendengar suara mereka yang tersayang.


4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran


Ada satu artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.

Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Al-Quran pula adalah mukjizat yang terbesar. InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu mencairkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.� (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.


5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Sihat atau Hobi


Ada orang selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.

Ada yang suka masak, buat kek dan biskut. Ada yang suka bercucuk tanam dan berkebun.

Wani percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri, seperti melukis, bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.

Jadi apa minat hampa?

Jom ekspresikan segera minat hampa untuk hilangkan stress 😄


6. Jaga pemakanan dan kesihatan

Macamana pemakanan dan pengambilan vitamin dapat mengurangkan stress?

Vitamin B1 - Membantu menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma.

Vitamin B3 - Membantu mengurangkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.

Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.

Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didalam badan.

Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram.

Vitamin C - Mereka yang mengamalkan vitamin C tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami tekanan dan fizikal apabila kerap menghadapi cabaran psikologi. Mereka bangkit daripada keadaan tertekan lebih cepat daripada orang yang mempunyai tahap pengambilan vitamin C yang rendah dalam darah.

Carilah supplement yang halal, berkualiti dan diperbuat dari bahan organik seperti Vitamin B Complex Shaklee dan Sustained Release Vitamin C Shaklee.






***************************************************************

Ada sebarang pertanyaan dan berminat nak dapatkan supplement yang halal, 100% organik dan selamat boleh hubungi Wani 😍

Pengedar Sah Shaklee Kedah

Wani
011-19957807

Comments