DETOX!! Kesedaran untuk kesihatan lebih baik

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Hari ni wani nak kongsi entry berkaitan kepentingan DETOX.


Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Apa itu Detox?

Detox adalah proses penyingkiran toksin atau membuang toksin daripada tubuh badan kita. Dalam badan kita ada organ detox sendiri iaitu hati, peparu, sistem penghadaman, buah pinggang dan kulit.

Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan membantu kita membuang segala toksin yang selama ini terperap dalam badan.



Apa itu Toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi kita untuk mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja sama ada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Kita juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-tanda toksin banyak dalam badan :

  1. sembelit
  2. keletihan melampau
  3. sakit kepala
  4. lidah berwarna kuning/putih
  5. masalah kulit
  6. perut buncit
  7. sering berasa panas
  8. berat badan susah nak turun
  9. mood yang tak menentu
  10. sukar tidur malam
  11. ambil supplement tapi TAK BERKESAN!!
Dan banyak lagi!!



Kenapa perlu detox?

1. Menjadikan kita lebih sihat, bertenaga, dan fokus. Contohnya terlalu mengantuk ketika memandu, dan tak boleh fokus masa dalam meeting, padahal kita rasa dah cukup tidur waktu malam.

2. Mengurangkan craving atau mengidam terhadap benda-benda manis dan nafsu mahu makan banyak. Contohnya nak makan nasi banyak dalam satu masa.

3. Sistem penghadaman menjadi lebih lancar, dan bebas daripada masalah sembelit dan buasir. Contohnya dia rasa nak membuang tetapi prosesnya lambat dan boleh akibatkan buasir.

4. Bad breath no more! Iaitu nafas lebih segar dan tak berbau. Contohnya dah gosok gigi lima kali sehari, kadang-kadang lebih, tapi tetap berbau juga.

5. Kulit bebas jerawat, eczema, resdung, alergi, masalah kulit kronik, kulit muka lebih segar, dan berseri. Contohnya kulit breakout teruk dan berparut.

6. Mengelak daripada penyakit-penyakit kronik. Contohnya kencing manis, darah tinggi, dan jantung.

Doktor sendiri telah mengesyorkan kita supaya berdetox. Sebab detox ni sangat2 penting tau.

Untuk mengelakkan toksin berlebihan dalam badan, kita perlu lakukan perkara berikut:

  • Kita mesti makan makanan yang berkhasiat seperti memperbanyakkan sayur-sayuran, buah-buahan, sedikit protein, dan lemak haiwan.

  • Selain itu, kita juga digalakkan untuk membuat senaman dan mengambil vitamin yang sesuai untuk badan kita.

Detox juga dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan, melambatkan kesan penuaan, dan membaiki kulit kita. 

Jadi kita wajib tahu potion dalam makanan kita okehh.


Kebiasaan Detox yang berkesan adalah seawal tiga hari.

Woww! Macam tak percaya ja kan dengan keberkesanan Detox. Dengan detox ja kita boleh sihat dan cergas seawal tiga hari kan. 😂

Bila dah Detox jangan pula kita selalu makan makanan yang tak berkhasiat seperti makan makanan segera dan makanan yang diproses. Nak makan makanan segera boleh ja tapi jangan la selalu dan ambik lah dalam kuantiti yang sikit.

Kalau dok makan selalu tak guna la kita detox kan?? 😄


Untuk pengetahuan hampa dalam SET DETOX SHAKLEE ni ada 5 jenis supplement yang berfungsi dengan selamat sebagai AGEN DETOX.


1. Vivix
  • Vivix ni berfungsi untuk detox sel bagi menyingkirkan AGE protin yang boleh menyebabkan kencing manis dan penuaan pra matang.


2. Alfalfa Complex
  • Alfalfa pula berfungsi detox darah dalam badan. Jadinya segala toksin dalam salur darah akan dilupuskan oleh alfalfa ni.


3. Dtx Complex
  • DTX Complex berfungsi detox hati untuk menyihatkan organ hati, menyingkirkan parasit dan toksin di bahagian hati.

4. Herblax
  • Membantu membersihkan usus supaya toksin didalam usus dibuang sepenuhnya dan nutrien makanan dapat diserap dengan baik. Herb lax ni detox usus dan menyingkirkan toksin melalui pembuangan air besar.

5. Peppermint Ginger Plus
  • Peppermint Ginger Plus berfungsi detox angin bagi mengurangkan masalah angin dalam badan, loya dan juga gastrik.

Permulaan untuk orang nak kurus dan berdetox boleh ambil Alfalfa dan Herblax.

Ada bajet lebih boleh tambah Dtx Complex, Peppermint Ginger Plus atau Vivix sahaja.

Buatlah Detox selama 14 hari dan in shaa Allah tidak akan adanya penyakit2 kronik seperti kencing manis, batu karang, dan darah tinggi.

Jadi amalkan lah pemakanan yang sihat dan pengambilan supplement untuk kesihatan yang baik.

Jika tak sihat, bagaimana kita nak menghadapi kehidupan untuk masa akan datang. Betul kan?? 😉

Jalan jalan mencari teman,
Untuk si bunga taman melati,
Pilihlah vitamin mana yang berkenan,
Agar sihat hingga tua nanti.


Nak sihat? Jom kita berdetox dan amalkan gaya hidup sihat 😄

Berminat dengan SET DETOX SHAKLEE boleh contact ja wani okay.

Pengedar Sah Shaklee Kedah.

Wani
011-19957807

Comments