LUKA BERSALIN TERBUKA SEMULA?? SEMBUHKAN SEGERA!!
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Semua sihat ke?? Alhamdulillah wani pun sihat jugak.
Kali ni wani nak share entry berkaitan luka jahitan bersalin. Tips nak bagi luka jahitan tu cepat sembuh dan tak terbuka balik.
Alhamdulillah. Sepanjang bersalin dan dalam tempoh berpantang tak da lagi luka jahitan bersalin wani tu nak kena jahit semula.
Walaupun masa bersalin anak yang nombor dua tu kena jahit banyak sampai ke punggung. Memang berjaga-jaga sangat wani kalau bab-bab jahit bersalin ni. Sebab takut kena jahit balik 😃
Nasihat wani untuk ibu-ibu yang bakal bersalin, tolong jangan ambil mudah penjagaan luka jahitan selepas bersalin. Kalau luka jahitan terbuka, memang menangis sebab nak kena jahit semula.
Jom wani kongsikan beberapa tips untuk menjaga luka bersalin sampai cepat sembuh.
TIPS PENJAGAAN LUKA JAHITAN BERSALIN :
1. Keringkan Tempat Luka
Selepas mandi/buang air/salin pad, pastikan lap hingga kering kawasan jahitan menggunakan tuala/tisu gulung supaya kawasan tersebut kering dan tidak berair. Kawasan jahitan yang berair akan membuatkan luka lambat untuk sembuh dan bercantum semula. Nak mudah, gunakan tisu gulung.
2. Berjalan Secara Tertib
Selalu misi pesan selepas bersalin, jalan kena kepit dan bukannya jalan terkangkang. Apabila kita kepit, daging akan bercantum dengan elok. Jangan pulak tidak berjalan, hanya nak baring saja. Nanti darah tak bergerak lancar, lagi melambatkan proses luka untuk sembuh.
3. Kerapkan Tukar Pad 2-4 Jam Sekali
Pad memang kena sentiasa cuci sebab masa awal-awal kelahiran, darah akan turun dengan agak banyak. Apabila kita kerap tukar pad, kita dapat sentiasa anginkan tempat jahitan luka. Jangan terlalu lama menggunakan pad takut nanti berlaku jangkitan kuman pulak.
4. Sitz Bath
Ada sesetengah doktor, sangat menyarankan untuk ibu melakukan sitz bath kerana dapat percepatkan luka bercantum. Sitz Bath ni kita campurkan garam ke dalam air didalam besen, kemudian kita rendamkan punggung dan kawasan jahitan.
5. Elakkan Sembelit
Makan buah, sayur, minum susu dan minum air masak. Elakkan minum minuman berkafein untuk mengelakkan terjadinya sembelit semasa berpantang. Boleh juga ambil Ostematrix Shaklee untuk elakkan sembelit berlaku 😊
Selain tu, hampa juga boleh ambil supplement semasa berpantang. Untuk dapatkan kesihatan yang terbaik dan luka jahitan bersalin tu cepat sembuh.
Jom wani kongsikan supplement yang sesuai untuk sembuhkan luka bersalin.
1. Vitamin C
Hari-hari kena ambil Vitamin C. Kalau dari buah-buahan, boleh ambil Oren. Kira sehari tu ambil 3-4 biji oren. Nak lebih mudah, boleh guna Vitamin C. Sebab Vitamin C ni memang terbukti sangat berkesan untuk membantu menyembuhkan luka dengan cepat.
2. VIVIX
Yang paling wani suggest untuk amalkan adalah VIVIX. VIVIX ni mengandungi kandungan Polifenol dan Resveratrol yang tinggi yang bertindak untuk membaiki sel badan yang rosak dan membina sel baru dengan cepat.
Ini sahaja tips yang wani dapat share untuk percepatkan luka jahitan sembuh. So, untuk next2 kelahiran, memang kena prepare VIVIX, Vitamin C dan Ostematrix siap-siap dalam beg hospital.
Berminat untuk dapatkan ketiga-tiga supplement ni, boleh contact wani.
Boleh roger ja anytime okay. Wani on fon 24jam 😃 Boleh dapat free konsultasi dari wani jugak yee.
Pengedar Sah Shaklee Kedah.
Wani
011-19957807
Comments
Post a Comment