BAHAYA BAHAN TERLARANG DALAM PRODUK KECANTIKAN



Penggunaan produk kecantikan tidak asing lagi dikalangan wanita masa kini. Kita boleh lihat sekarang anak-anak kecil seawal umur 12 tahun sudah pandai menggunakan produk kecantikan. Tapi tahukah anda bahayanya kandungan yang terkandung di dalam produk kecantikan tersebut??

Pernah tak bila anda membeli produk kecantikan untuk kulit wajah anda, anda sering keliru atau tertanya-tanya pada diri sendiri?? “Apa yang elok untuk kulit aku”, “kalau pakai pencuci muka ini elok tak muka aku”, “produk ni untuk apa”.. kiranya pelbagai persoalan bermain di minda. Anda ingin membeli tetapi rasa takut menebal. Anda tidak mahu ambil risiko mencubanya kerana takut muka anda akan rosak.

Perlu diingatkan bila anda membeli produk untuk kulit muka sila baca setiap bahan kandungan produk tersebut, jangan main beli saja. Ada setengah produk muka memang nampak perubahan yang ketara bila digunakan, ada yang tidak sampai seminggu sudah lain muka. Pelik! Cepat sangat perubahan. Jangan sebab nak cantik, muka putih, anda main beli saja. Ambil tahu bahan kandungan produk kecantikan kulit.

 Disini saya akan kongsikan kepada anda 11 bahan terlarang dalam produk kecantikan yang boleh merbahayakan pengguna.


1. PARABENS (METHYL/BUTYL/ETHYL/PROPYL)

Kebiasaan digunakan sebagai bahan pengawet dalam deodorant atau produk kecantikan kulit.  Digunakan kerana sifat paraben yang antibakteria dan antifungus juga untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu produk. Menjurus kepada risiko kanser payudara, kemandulan pada lelaki dan perempuan dan ketidakseimbangan hormon.


2. SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) & SODIUM LAURETH SULFATE (SLES)

Biasa terdapat dalam produk seperti pencuci lantai, kereta dan penjagaan diri berfungsi untuk menghasilkan buih. SLS boleh menyebabkan kulit menjadi kering, keguguran pada rambut dan iritasi pada kulit.


3. MERKURI

Dalam industri kosmetik, merkuri biasa digunakan sebagai agen pemutih dimana ia akan mencegah pembentukan melanin dan menjadikan warna kulit lebih cerah tetapi ia memberikan kesan bahaya kepada buah pinggang, perubahan warna kulit, kemurangan dan keresahan.

Kebanyakkan kandungan bahan kimia ini terdapat dalam kuantiti yang sedikit. Tapi cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Jadi perlu bagi kita memilih produk kecantikan yang tidak mengandungi bahan kimia.


4. MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA

Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens . Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawetkan mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan, dan pengeluaran air mata.


5. PETROLATUM

Elakkan petrolatum atau parfum berbahan petrolatum kerana ini merupakan sebuah produk dari pengeluaran minyak bumi atau petrol.


6. PROPYLENE GLYCOL

Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.


7. PVP/VA COPOLYMER

Zat kimia yang hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel – partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru – paru yang sensitif.


8. STEARALKONIUM CHLORIDE

Stearalkonium klorida dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.


9. SYNTHETIC COLORS

Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali – kali menggunakannya.


10. SYNTHETIC FRAGRANCES

Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper – pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.


11. TRIETHANOLAMINE

Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan PH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.


Pilihlah produk kecantikan yang selamat untuk digunakan dan tidak mempunyai bahan kimia yang terlarang.

SHAKLEE telah melancarkan produk SKINCARE terbaru yang dinamakan YOUTH.


Produk YOUTH adalah salah satu daripada produk skincare dari SHAKLEE yang 100% semula jadi dan dijamin bebas daripada lebih 2500 bahan kimia yang merbahaya.

Setiap produk dalam set YOUTH mengandungi bahan aktif YOUTH COMPLEX yang dikaji selama 8 tahun dimana yang sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat, jeragat dan parut berlubang seawal 7 hari penggunaan.

Kajian menunjukkan 100% wanita yang menggunakan set skincare YOUTH mendapat kulit yang lebih muda dan 2/3 daripadanya mendapat usia kulit yang sedekad lebih muda dari usia mereka.

youth shaklee

Wani kongsikan sedikit testimoni pengguna setia Youth Skincare yang telah berjaya mendapat kulit muka idaman dengan menggunakan 100% produk kecantikan yang selamat 😍




Terdapat 6 produk dalam rangkaian YOUTH :


Luminous gel oil cleanser



Perfecting skin toner



Age defense mineral moisturizer



Youth activating serum


Advanced renewal night cream



Radiance C + E


Jadikan Youth Skincare sebagai produk kecantikan anda. Dijamin 100% selamat, halal dan berkesan. Ingat!! Jangan salah pilih produk kecantikan tau 😉


***************************************************************************

Nak dapatkan produk YOUTH skincare dengan segera?? Boleh hubungi Wani 😊


Wani
011-19957807
(Call/WhatsApp/Mesej)

Facebook : Syafawani Yaacob
Instagram : @syafawaniyaacob

Comments