JANGAN AMBIL MUDAH!! Wajib tau cara makan Vitamin C dengan betul.
Terliuq betoi tengok buah oren ni. Terbayang masam2 dia tuu..!
Wani pesan siap2 tau. Entry ni akan mengundang hampa termimpi2 nak makan buah 😍
Wani suka sangat buah oren ni. Tambah2 pulak buah oren yang kecik2 tu. Kadang2 sampai ketagih.
Nasib baik la buah oren ni kaya dengan Vitamin C, jadi bagus la untuk kesihatan iolss ni, kira bukan pelaburan sia2 laa duk makan hari2 tu. Haaa! Wani nak share sesuatu ni. Hampa mesti tak tau kan ??
Haiwan mamalia berupaya menghasilkan Vitamin C mereka sendiri tau. Tak sama macam manusia yang kena dapatkan Vitamin C daripada pemakanan. Patut la haiwan2 tu selalu nampak gebu gebas comel lotey je kan ?? Rupanya cukup Vitamin C dalam badan 😄
Selain untuk tujuan kecantikan dan kesihatan salur darah, Vitamin C terbukti dapat meningkatkan sistem pertahanan badan kita yang setiap hari terdedah kepada radikal bebas yang menjadi punca dari mana datangnya penyakit.
Itu belum cakap lagi pasal gaya hidup dan tabiat pemakanan kita yang selalu ikut sedap tekak tanpa fikir pasal nutrisi dan tak cukup dos mahupun kriteria yang diperlukan setiap hari.
Sebab itulah kita mesti memastikan tubuh mendapat khasiat Vitamin C samada daripada sumber makanan semulajadi atau supplement tambahan.
Ada orang yang memang setiap hari mengambil makanan dengan sumber Vitamin C, tetapi ia belum tentu cukup untuk menampung keperluan tubuh badannya.
Ada pula yang tidak langsung mengambil kira kepentingan zat dan nutrisi ini dalam diet sehariannya.
Hampa yang mana satu ?? 😃
Tak percaya? Cuba perhati tengok menu dalam pinggan lunch kawan sebelah hampa tengahari tadi, berapa orang yang cukup dengan sayur dan buah dalam hidangan mereka?
Kalau yang dah ambil pun belum tentu cukup dosnya, apatah lagi jika yang tak makan sayur dan tak suka buah. Bayangkanlah!
Pengakuan hebat ni nak bagitau hampa!! Wani memang jenis yang tak suka makan sayur. Tapi buah terlebih2 suka!! 😂
Okay next, Wani nak share sedikit tips supaya korang tak salah makan Vitamin C sampai membazir.
Cara makan Vitamin C yang betul supaya tidak membazir :
1. Vitamin C ni sangat sensitif dan boleh bertindakbalas dengan udara, air dan suhu. Cara terbaik ialah mengambil makanan yang kaya Vitamin C dalam keadaan mentah seperti buah-buahan segar yang baru dipetik, kerana proses merebus atau mengukus makanan akan mengurangkan kualiti vitamin sehingga 25 %. Banyak tu!
2. Menyimpan buah atau sayur-sayuran dalam jangka waktu yang lama juga boleh mengurangkan atau menyebabkan kehilangan Vitamin C yang terkandung di dalamnya. Dah beli sayur, dah makan sayur tapi khasiat yang dapatnya sikiit je.
3. Memasak sayuran selama 20-30 minit akan menghilangkan separuh daripada kandungan nutrisinya. Proses pemanasan juga turut mengurangkan kandungan Vitamin C. Separuh tu sama dengan 50% juga tau. Banyak okey!
4. Dos harian Vitamin C yang dicadangkan untuk lelaki adalah sebanyak 90 mg manakala 75 mg untuk wanita. Bagi ibu hamil dan menyusukan pula, mereka memerlukan sekitar 85-120 mg sehari.
5. Sekalipun kita memang memasukkan Vitamin C dalam pemakanan seharian, tubuh kita ini sentiasa terdedah dengan radikal bebas yang akan menyusutkan dan menyebabkan kehilangan Vitamin C yang sangat penting untuk menjadi pelindung kepada asakan patogen jahat dan jangkitan penyakit.
Jadi, sebab itulah kena pilih jenama Vitamin C yang boleh berada lama dalam salur darah macam Vitamin C Shaklee yang dilepaskan setiap 100 mg pada setiap jam. Waahh best kan?? 😍
Walaubagaimanapun, tidak ada dos pengambilan yang khusus untuk Vitamin C kerana ia bergantung kepada faktor umur, berat badan, jantina, tabiat pemakanan, rutin seharian dan gaya hidup seseorang.
Jangan tak tau, stress pun boleh menyusutkan kandungan Vitamin C dengan cepat tau!
Vitamin C memang sangat mudah termusnah dan keperluannya berbeza pada setiap orang terutamanya mereka yang sering mengambil ubat tahan sakit dan perokok tegar kerana 1 batang rokok sahaja mampu melupuskan 50-100 mg Vitamin C!
Inilah sebabnya Vitamin C Shaklee yang terkenal dengan teknologi pelepasan masa atau sustained release menjadi buruan ramai. Hampa tau tak Vitamin C Shaklee ni produk hot selling okay. Nak tau sebab apa?? Sebab ramai yang dah dapat Shaklee Effect yang power!!
“taking supplements is just expensive urine” haaa ? biaq betoi
Tubuh kita hanya menggunakan Vitamin C dalam jumlah yang diperlukan setiap hari, dan sisanya akan larut dan dikeluarkan melalui air kencing.
Dunia hari ini, nak makan buah dan sayur yang di tanam dan petik sendiri pun kena ada ilmu. Apalagi kalau nak beli yang jenis tablet ni. Betapa rugi kan, kalau ambil supplement tanpa ilmu.
Tu yang ada keluar statement “taking supplements is just expensive urine”.
Oleh itu, jangan overdose, nanti sakit perut dan cirit-birit plak nanti jenuh ulang p toilet
JOM!
Kalau nak rasa kemujaraban Vitamin C terbaik di pasaran, boleh dapatkan Sustained Release Vitamin C Shaklee.
Ia bukan saja berkualiti dan semulajadi, harganya pun sangat berbaloi-baloi. Murah je weiii.
Jangan risau, boleh roger Wani terus untuk dapatkan konsultasi terbaik pasal Vitamin C ni, boleh wasap bila2 tau 01119957807.
Thank you sudi baca entry Wani.. Assalamualaikum !
Vitamin Shaklee memang terbaik. Wajib cuba sapa yang belum try. pasti jatuh cinta.
ReplyDelete