REAL MEN SET!! Kelebihan dan Keistimewaannya.

Entry kali ni berkenaan set kesihatan lelaki sejati. Yang mana lelaki nak KEKAL AKTIF, BERTENAGA & PRODUKTIF!!


Lelaki juga tidak lepas dari masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, strok, kegemukan dan pelbagai lagi masalah lain. Tidak kurang juga yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30an dan diserang masalah seperti mati pucuk, pembesaran prostat, letih dan kurang stamina. Apatah lagi dengan diet kurang sihat, pencemaran alam sekeliling serta gaya hidup masa kini turut menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang baru.

Mungkin ada yang membaca entry ini adalah isteri yang sedang merancang untuk memberikan hadiah terbaik untuk suami tercinta. Apa kata, anda zahirkan tanda kasih anda pada si dia dengan hadiah set kesihatan lelaki Shaklee ini iaitu :


Jika anda yang membaca entry ini adalah kaum adam sendiri, mungkin inilah masanya untuk anda menghadiahkan sesuatu yang berharga iaitu Set Kesihatan Lelaki Sejati Shaklee ini untuk diri sendiri.

Sememangnya usia makin terus meningkat. Yang muda pastinya akan tua, yang kecil akan meningkat dewasa. Namun supplement yang baik & betul mampu mencegah penyakit seiring peningkatan usia. Lebih baik kita mencegah daripada mengubati. SETUJU??

Semoga dengan Set Kesihatan Lelaki Sejati Shaklee ini dapat membantu anda menjadi seorang hero yang kekal produktif, bertenaga & aktif menjadi pelindung insan yang tersayang 😍

Jom kita kenal lebih dekat setiap produk yang ada dalam Set Kesihatan Lelaki Sejati Shaklee ni.

1. ZINC PLUS

Zink adalah mineral surih yang dijumpai dalam hampir setiap komponen sel badan dan lebih daripada 200 enzim. Sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim, zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuk pencernaan protein, metabolisma asid amino, pengeluaran tenaga, metabolisma tulang, penggunaan Vitamin A dan penghasilan hormon.

Zink sangat penting dalam mengekalkan fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhan sel untuk rambut, kuku, kulit yang sihat dan menggalakkan kesihatan yang baik.

Keistimewaan Zinc Plus :
  • Satu tablet membekalkan 100% nilai harian yang diperlukan untuk zink.
  • Zinc Plus Shaklee dirumuskan dengan zinc gluconate dengan kadar penyerapan yang tinggi dan 100% berasaskan tumbuhan.
  • Diekstrak dari fermentasi glukosa dari jagung yang menjadikan zink ni kurang rasa logam, pahit dan rasa pedar.
  • Diformulasikan tanpa alfalfa. Sesuai untuk semua orang dewasa.

7 manfaat hebat zink :

Sesetengah orang menggelarnya mineral lelaki macho manakala ada juga yang menggelarnya sebagai nutrien yang amat bagus untuk sel atau meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Tidak kira apa juga gelarannya, zink adalah mineral mujarab yang memberikan banyak manfaat kesihatan.

1. Meningkatkan kesihatan imun
  • mengaktifkan sel-sel imun
2. Rambut yang sihat
  • menggalakkan rambut yang tebal dan sihat
3. Kesihatan kognitif
  • meningkatkan daya ingatan, proses pembelajaran dan mencegah penyakit yang berkaitan dengan usia
4. Penyembuhan luka
  • menghasilkan sel-sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka
5. Sel pembiakan yang sihat
  • meningkatkan fungsi, kualiti dan kuantiti sel sperma
6. Meningkatkan tenaga dan stamina
  • menggalakkan kekuatan otot dan daya ketahanan
7. Kulit yang sihat
  • menggalakkan kulit yang lebih lembut dan melegakan kulit sensitif

2. OMEGA GUARD


Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan - asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Dua jenis utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia.

Berfungsi sebagai perangsang otak supaya anda kekal cergas sepanjang masa. Asid lemak omega-3 juga adalah lemak yang sihat atau 'baik' yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh.

Keistimewaan Omega Guard :
  • Minyak ikan berpekatan tinggi
  • Penyulingan molekul berganda
  • Sahabat laut

4 manfaat hebat Omega Guard untuk fungsi otak :

1. Menguatkan memori dan meningkatkan keupayaan pembelajaran
  • apabila anda menghafal atau belajar sesuatu yang baru, sel otak anda berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan merembaskan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter.
2. Mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia
  • merendahkan risiko penurunan kognitif
  • menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya kognitif dan memori
  • mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia
  • Menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat optimum
3. Menggalakkan mood yang baik dan positif
  • membangkitkan mood
  • meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan
4. Meningkatkan prestasi mental
  • pengambilan omega-3 mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori dan tumpuan pemerhatian
  • menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca
  • meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum

4 manfaat hebat Omega Guard untuk kesihatan sendi :

1. Menangani keradangan
  • membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan serta mengakibatkan kesakitan pada sendi
  • mengurangkan pengeluaran tanda-tanda keradangan yang menyebabkan keradangan
2. Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi
  • Omega-3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi anda bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik
3. Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit
  • oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, omega-3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi
4. Bertindak sebagai pelincir sendi
  • umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi
  • membolehkan pergerakan sendi yang selesa
  • membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas

5 manfaat hebat Omega Guard untuk kesihatan jantung :

1. Mengekalkan profil lipid yang sihat
  • meningkatkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik)
  • mengurangkan tahap trigliserida (iaitu lemak dalam darah)
  • merendahkan risiko penyakit jantung
2. Mengawal tekanan darah yang sihat
  • semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya, penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.
3. Memelihara saluran darah daripada tersumbat
  • mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri untuk pengaliran darah yang lancar
  • melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah
4. Memberikan ritma degupan jantung yang sihat
  • degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut
5. Menyokong peredaran darah yang sihat
  • mengurangkan risiko pembekuan darah
  • meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah

4 manfaat hebat Omega Guard bagi membantu mengurangkan berat badan :

1. Mengawal atur tahap lemak badan yang sihat
  • meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari
  • meningkatkan kadar pembakaran lemak
  • meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak
  • mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita
2. Menyeimbangkan rasa kenyang
  • meningkatkan rasa kenyang - anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan
3. Meningkatkan paras insulin yang sihat
  • meningkatkan kepekaan insulin badan - semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak
4. Mengurangkan tekanan
  • tekanan boleh menyumbangkan kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil

3. COQ-TROL PLUS


Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Tahap Coenzyme Q10 akan menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Keistimewaan Coq-Trol Plus :
  • CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol
  • Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun

9 manfaat hebat CoQ-Trol Plus :

1. Tukar makanan kepada tenaga
  • badan kita memerlukan kedua-dua zink dan coenzyme Q10 untuk menukarkan makanan kepada tenaga
2. Menyokong pengeluaran tenaga optimum
  • pada peringkat sel, anda memerlukan glukosa di dalam sel untuk penghasilan tenaga
3. Mempercepatkan proses membina otot
  • meningkatkan kekuatan otot untuk badan yang lebih sihat
4. Mengekalkan jisim dan kekuatan otot
  • pengambilan nutrien untuk mengekalkan otot yang tidak mencukupi dari diet harian boleh membawa kepada kemerosotan oto, kesannya otot lemah di kemudian hari
5. Menggalakkan tidur yang lena
  • mendapatkan tidur yang baik membantu untuk menyembuhkan dan mengecas semula tenaga dalam badan anda
6. meningkatkan peredaran darah
  • bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolestrol yang teroksida.
  • membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri
  • meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat
7. Mengoptimumkan denyutan jantung
  • paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. 
  • pengambilan supplement CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.
8. Mempercepatkan proses pemulihan luka
  • CoQ10 menyokong pengahasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepatkan penyembuhan luka.
9. Menyokong gaya hidup aktif anda
  • CoQ10 membantu orang ramai untuk kekal aktif secara fizikal dan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular.

4. VITA-E COMPLEX (VITAMIN E)


Vitamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat di mana kajian menunjukkan bahawa Vitamin E meningkatkan fungsi imun dikalangan orang-orang tua.

Keistimewaan Vitamin E :
  • Satu kapsul menyediakan 400IU vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh
  • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum
  • 39.4mg ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

Manfaat hebat Vitamin E :

1. Melindungi sperma anda dari serangan radikal bebas

2. Memastikan sperma sihat supaya mereka berenang ke arah yang betul

3. Mengekalkan paras testosteron yang sihat untuk penghasilan sperma yang sihat. Testosteron adalah hormon penting dan utama untuk fizikal dan kesihatan seksual lelaki

4. Mengoptimumkan kesihatan dan hormon lelaki


------------------------------------------------------------------------------------------

Hubungi Wani untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee.

Pengedar Sah Shaklee Kedah

Wani

Call / Wasap : 011-19957807

Comments