TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN YANG MUDAH!!
Masalah kebiasaan wanita. Masa mengandung je berat badan naik mendadak, ada yang naik meletup-letup macam di pam angin. Sebabnya perubahan hormon dan keinginan selera makan yang tinggi. Don't worry. Everything can back to the normal jika anda follow tips utk kekal kurus lepas anda bersalin kelak.
Pada wani, yang penting sekarang, tak perlu nak kurus ramping macam model. Cukup ada shape dan berat badan normal ikut BMI. Dah cukup baik utk nampak cantik. Kurus sangat pun tak elok kan. Tak lawa orang cakap.
Ok untuk tips-tips ni jika diamalkan in syaa Allah anda kekal kurus selepas bersalin.
TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN :
1. Bengkung
Satu cara yang sangat berkesan untuk mengempiskan perut selepas bersalin adalah dengan mengamalkan bengkung selama beberapa jam pada waktu pagi.
Di negara ini, kita sudah biasa mendengar ibu-ibu berurut dan memakai bengkung semasa pantang. Sebenarnya bengkung tradisional orang Melayu sangat berkesan!
Tapi ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan tidak digalakkan untuk mengguna bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya selepas 4 – 6 minggu.
Sebaliknya, anda digalakkan untuk memakai bengkung moden yang diberi kerana ia akan memberi sokongan kepada otot perut yang sudah kendur.
Pastikan ia digunakan dengan betul dan ketat. Jika anda bimbang tentang luka perut, gunakan sekeping tuala wanita yang bersih dan alaskan kawasan luka sebelum memakai bengkung moden itu.
2. Madu dengan lemon
Ini adalah cara yang mudah untuk kuruskan badan selepas bersalin.
Campur segelas air suam dengan jus lemon segar dan setengah sudu teh madu. Minum dengan perut kosong atau sebelum makan.
Jika boleh, minum air campuran ini sebaik saja bangun dari tidur, kemudian jangan minum apa-apa selama setengah jam.
Anda juga boleh tambahkan beberapa keping daun pudina atau hirisan timun kemudian biarkan di dalam peti sejuk semalaman.
Tips untuk ibu menyusu : guna daun pudina dengan sederhana kerana ia boleh mengurangkan bekalan susu badan jika diambil secara berlebihan.
3. Losyen / krim
Memang banyak losyen di pasaran yang memberi janji untuk kuruskan badan selepas bersalin.
Jika anda ibu menyusu, semak dulu kandungan dalam krim itu untuk memastikan ia selamat dan tidak akan beri kesan pada ibu atau bayi.
Cuba cari losyen yang ada Kollagen, Vitamins A, C dan E. Mengurut losyen dengan kandungan vitamin ini bukan hanya akan meningkatkan aliran darah, malah ia juga boleh mengetatkan perut anda!
Kalau tanya wani krim apa yang sesuai ofkos wani akan pilih KRIM SERBAGUNA HERBAL BLEND dari Shaklee.
Krim ni selamat untuk digunakan sebab tiada bahan kimia atau bahan yang terlarang.
Lagipun krim Herbal Blend ni seisi keluarga boleh guna. Jimat!!
4. Teh hijau
Tahukah anda secawan teh hijau boleh menolong membakar lemak perut?
Selain itu, teh hijau juga kaya dengan antioksidan! Ia juga mengandungi kafein, jadi ibu-ibu menyusu kena minum secara sederhana ya.
Pastikan anda minum teh hijau kosong – tanpa gula. Kalau tidak tak kurus pulak nanti!
5. Epal
Epal boleh menghilangkan lemak perut. Epal mengandungi pektin yang membantu membakar lemak perut.
Sama seperti teh hijau, epal kaya dengan antioksidan dan boleh menghalang pengumpulan lemak yang berlebihan.
6. Diet yang seimbang
Makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan protein yang sihat. Kurangkan pengambilan garam dan gula sebanyak mungkin. Elakkan minuman bergas dan minuman berkarbonat lain.
Buah-buahan dan sayuran seperti betik, mangga, grapefruit, dan brokoli boleh membantu kuruskan badan selepas bersalin.
Biarpun anda bertekad untuk kurus kerana ingin perut kempis selepas bersalin, jangan tak makan ya? Makanan adalah sangat penting untuk pemulihan anda, lebih-lebih lagi jika anda ibu menyusu.
7. Bersenam
Ibu digalakkan untuk bersenam, tapi jangan terus lakukan senaman tiba-tiba atau apa sahaja senaman yang terlalu high impact nanti rahim anda terkeluar pula!
Mula dengan senaman ringan yang boleh membina ketahanan badan seperti berjalan, berenang ataupun menunggang basikal.
Beri tumpuan kepada senaman kardio untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan secara menyeluruh. Untuk perut yang kempis lakukan senaman crunches dan planking.
8. Jangan diet yang melampau
Jangan berdiet kerana ini hanya akan menyebabkan anda rasa lemah dan metabolisma badan boleh jatuh.
Kadar metabolisma seorang ibu masih sangat tinggi buat masa ini lebih-lebih lagi kalau ibu itu menyusu.
Cuba makan dengan lebih banyak pada waktu pagi dan ingat, apabila anda makan dengan baik badan anda akan membakar lemak dengan lebih berkesan.
9. Menyusu
Badan ibu yang menyusu membakar sebanyak 500 kalori sehari.
Menyusu juga boleh membantu rahim untuk mengecut ke saiz biasa dan menampakkan perut yang lebih kempis .
10. Minum air
Murah, baik untuk anda dan sangat berkesan, air boleh menolong mengeluarkan toksin dari badan dan mengempiskan perut.
Minum lah air putih kerana ianya akan membantu anda mendapatkan tubuh yang sihat.
11. Daun kari dan bawang putih
Tahukah anda daun kari bagus untuk detox sambil menolong kuruskan badan selepas bersalin dengan membakar lemak.
Bawang putih juga boleh mengempiskan perut. Kunyahkan beberapa bawang putih mentah kemudian minum air limau. Tetapi tidak semua ibu dapat tahan rasanya!
Bawang putih juga boleh mengempiskan perut. Kunyahkan beberapa bawang putih mentah kemudian minum air limau. Tetapi tidak semua ibu dapat tahan rasanya!
12. Pengambilan supplement
Ibu-ibu yang inginkan bentuk badan yang ideal boleh mengambil supplement yang baik untuk kesihatan.
Di sini, wani cadangkan supplement kesihatan yang terbaik iaitu supplement Shaklee.
Antara supplement yang dicadangkan :
ESP untuk tenaga dan memberikan rasa kenyang kepada ibu-ibu. Ibu-ibu akan cepat kurus dan mendapat kulit yang berseri-seri.
Alfalfa merupakan salah satu agen detox yang membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Sesuai juga diambil oleh ibu yang menyusu kerana Alfalfa membantu memperbanyakkan susu badan.
Ostematrix untuk memberi kekuatan kepada tulang dan sendi ibu. Selain itu, ostematrix juga membantu masalah sembelit dan melancarkan proses pembuangan.
Omega Guard membantu menghuraikan lemak degil dalam badan dan menyekat selera makan. Kandungan Omega 3 dalam Omega Guard meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lebih lama. Omega Guard juga membakar lemak jahat dan menurunkan kolestrol.
Lecithin berfungsi memecahkan lemak. Lecithin dinamakan 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan lain ia menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat ke dinding membrane.
Selamat mencuba!! Semoga berjaya dan mendapat berat yang diidamkan 😍
*******************************************************************
BAGAIMANA NAK DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE??
Pengedar Sah Shaklee Kedah
Wani
011-19957807
(Call/WhatsApp/SMS)
FB : Syafawani Yaacob
IG : @syafawaniyaacob
Comments
Post a Comment