TIPS ELAK TULANG RAPUH SEBELUM MASANYA



Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.

Entry kali ni wani nak share tentang tips nak elak tulang rapuh sebelum masanya.

Manusia perlukan tulang yang sihat untuk hidup yang berkualiti. Ye laa, kalau sakit lutut, sakit tumit, nak berjalan dan solat pun susah. Nanti muda-muda lagi dah terpaksa solat atas kerusi kan.

Tulang bukan penting untuk bergerak je tau, ada banyak lagi kepentingan tulang yang Allah jadikan ni. Antaranya :


  • Untuk perlindungan dan sokongan kepada organ dalaman - eg: tengkorak lindungi otak, tulang rusuk lindungi jantung dan paru-paru
  • Punca penghasilan darah oleh sumsum tulang
  • Tempat simpanan mineral tertentu - eg kalsium dan fosforus


Haaa.. penting kan tulang ni?

Dalam badan kita ada 206 tulang tau.

Semua 206 ni perlu kuat baru dapat lindungi badan kita dan menjalankan fungsi dengan baik.


Paling kita takut jadi Osteoporosis ni.. Osteoporosis ni penyakit tulang rapuh. Macam dalam gambar tu, tulang jadi banyak ronga-rongga.

Ni la punca tulang senang patah. Jatuh basikal, patah tangan. Langgar meja, tulang retak. Jalan banyak sikit, sakit lutut sakit tumit, sakit laa semua sendi tu.

Jadi macam mana nak jadikan tulang lebih tumpat untuk elakkan tulang rapuh ni?

Jom wani share 3 tips paling penting.


Tips Elak Tulang Rapuh


1. Mula Awal

Tulang akan mula hilang tumpat dengan lebih cepat mulai usia 30 tahun. Jadi cara terbaik adalah ikut tips seterusnya pada usia yang masih muda.


2. Lakukan Senaman Menahan Beratan (Weight-bearing)

Senaman menahan beratan meningkatkan ketumpatan tulang sebab tulang makin kuat ketika diletakkan di bawah tekanan.

Ni contoh Senama Menahan Beratan yang boleh dilakukan di rumah:


Selain tu, boleh juga lakukan angkat berat, berjalan kaki, berlari, mendaki, menari dan bermain tenis.


3. Buat Pilihan Yang Sihat

Jalani gaya hidup yang sihat dengan kekalkan berat badan yang sihat dan pemakanan yang sihat dapat kekalkan kesihatan tulang.

Pemakanan harian kita sangat penting untuk kekalkan tulang yang sihat dan elak osteoporosis.

Ramai yang salah anggap ingat kalsium sahaja yang diperlukan untuk kekalkan tulang yang sihat. Kalsium saja tak cukup tau untuk pastikan tulang sihat.

Gabungan mineral-mineral penting perlu untuk sokong penghasilan tulang yang kuat dan bantu kekalkan kesihatan kita. Jadi kira rasa lebih muda masa kita berumur nanti.

Say NO to sakit-sakit lutut, tumit, sakit pinggang dengan gabungan mineral-mineral ni:


Nak tahu cara paling senang nak dapatkan mineral lengkap untuk tulang ni?

Boleh amalkan Ostematrix setiap hari:


*************************************************

Berminat untuk dapatkan Ostematrix? 



Best servis. FREE CONSULTATION!!

Pengedar Sah Shaklee Kedah.

Wani
011-19957807
(Call/WhatsApp/SMS)

FB : Syafawani Yaacob
IG : @syafawaniyaacob
FB Page : Supplement Beauty And Health





Comments